Pelbagai program diadakan bagi menyemarakkan bulan kebangsaan, antaranya pertandingan membina Gerbang Merdeka dan kibar Jalur Gemilang yang dianjurkan Komuniti Keluarga Malaysia Taman Semarak Tawau.<br /><br />Penganjuran itu memupuk semangat kesatuan dalam kalangan penduduk kampung sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.